Keselamatan dan Organisasi Bengkel
Picture

PENGENALAN

       Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan. Semua pihak mesti beringat dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja terutamanya ketika menggunakan peralatan mesin. Kemalangan yang biasa berlaku di tempat kerja umumnya boleh dikelaskan kepada tiga jenis :

1. Kecuaian manusia seperti tidak berhati-hati ketika bekerja dan tidak menggunakan alat keselamatan.

2. Peralatan dan mesin yang digunakan dalam keadaan teratur dan rosak.

3. Persekitaran tempat kerja yang tidak atau kurang selamat.
.

Contoh kecuaian ditempat kerja


1. Dilarang memakai sebarang perhiasan seperti jam tangan atau cincin.

2. Pemindahan bahan atau alatan dengan cara yang tidak betul boleh menyebabkan kecederaan.

3. Alat yang tidak sempurna seperti mesin canai yang tidak mempunyai pelindung mata.

4. Penyalahgunaan pelindung gas semasa mengimpal boleh menyebabkan kebakaran.

5. Memakai sarung tangan semasa menggerudi boleh menyebabkan kecederaan.


        Selain itu, peraturan keselamatan di dalam bengkel juga disediakan untuk menghindarkan kemalangan selain menyemai sikap tanggungjawab dalam kalangan murid. Peraturan keselamatan di dalam bengkel terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

1 . Peraturan Keselamatan Am.

2. Peraturan Keselamatan Diri.

3. Peraturan Keselamatan Alatan dan Bahan


 
< /body>