Keselamatan dan Organisasi Bengkel
 
DALAM usaha memupuk kesedaran mengenai manfaat aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) oleh pelajar sekolah, Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC), menganjurkan program pendidikan berasaskan multimedia yang dikenali sebagai 'Digital Story Telling' (DST), baru-baru ini.

DALAM usaha memupuk kesedaran mengenai manfaat aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) oleh pelajar sekolah, Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC), menganjurkan program pendidikan berasaskan multimedia yang dikenali sebagai 'Digital Story Telling' (DST), baru-baru ini.
DST disasarkan kepada murid sekolah rendah serta guru mereka dengan fasa pertama bermula di 11 sekolah di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, membabitkan 160 orang peserta. Program itu sekali gus menggalakkan penggunaan aplikasi ICT dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P).


Naib Presiden Eksekutif Sektor Kerajaan, TM, Datuk Kairul Annuar Mohamed Zamzam, berkata pihaknya tertarik dengan karya dihasilkan pelajar terbabit, memandangkan mereka masih di peringkat sekolah rendah. "Kami gembira kerana program ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dan secara amnya meningkatkan kesedaran ICT mereka. Kami amat berharap mereka akan terus memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh dalam persekitaran pembelajaran, yang kemudian dapat membantu memperbaiki prestasi akademik mereka," katanya. "Diharapkan juga program ini dapat memberi manfaat yang sama kepada guru kerana mereka menggunapakai pengetahuan ICT bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik di sekolah," katanya.


Sepanjang program itu, pelajar dan guru diberi latihan mengenai perkakasan ICT, perisian penghasilan filem seperti PhotoScape, PhotoStory dan Audacity, serta beberapa aplikasi multimedia untuk menghasilkan filem pendek antara tiga hingga lima minit berkisar mengenai budaya, warisan, alam sekitar, pelancongan dan nilai sosial rakyat Malaysia. Sesi latihan dan modulnya telah disediakan dengan kerjasama MDeC.


Setiap sekolah dibahagikan kepada kumpulan kecil terdiri daripada empat hingga lima ahli bagi menghasilkan filem pendek itu. Kumpulan 1 dari SK Padang Sebang memenangi pertandingan untuk negeri Melaka, sementara Kumpulan 3 dari SK Amar Penghulu dan Kumpulan 1 dari SK Seri Belahan adalah pemenang untuk Negeri Sembilan dan Johor. Setiap kumpulan yang menang menerima pemain MP4 bagi setiap ahli kumpulan, berserta plak penghargaan.
 
 
KUALA LUMPUR 12 Feb. – Malaysia mencapai tempat tertinggi dalam pemasangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di antara 25 negara yang didorong sumber dan keberkesanan di Nokia Siemens Network”s Connectivity Scorecard 2010.

Ia menerajui kumpulan itu untuk tahun ketiga berturut-turut.

"Connectivity Scorecard” adalah indeks ICT global, satu kajian tahunan yang menyenaraikan negara bukan hanya menurut pemasangan prasarana ICT, tetapi juga mengambil kira tahap kerajaan, perniagaan dan pengguna menggunakan teknologi untuk meningkatkan kemewahan sosial dan ekonomi.

"Malaysia menjadi ekonomi dipacu sumber yang teratas dengan catatan mata 7.14 mengatasi Afrika Selatan (6.18), Chile (6.06), Argentina (5.9) dan Rusia (5.82),” kata Nokia Siemens Networks dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia juga mengatasi jiran ASEAN seperti Thailand dan Indonesia, kecuali Singapura yang berasa di dalam kumpulan ekonomi didorong inovasi.

Negara-negara dibahagikan kepada dua kumpulan — ekonomi maju didorong inovasi dan ekonomi didorong sumber yang kurang maju.

Di kalangan ekonomi didorong inovasi, Amerika Syarikat buat kali pertama semenjak “Connectivity Scorecard” diperkenalkan tiga tahun lalu kehilangan tempat teratas kepada Sweden.

Sweden mengetuai kumpulan ekonomi didorong inovasi dengan catatan 7.95 mata, mengatasi AS (7.77), Norway (7.74), Denmark (7.54) dan Netherlands (7.52). – Bernama
 
 
LONDON 12 Jan. - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.

Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT.

"Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar.

"Makmal komputer juga dibina di 6,633 sekolah. Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar bandar," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan ucaptama di Forum Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II di sini hari ini.

Seramai 73 Menteri Pelajaran dan juga pemimpin serta pegawai-pegawai pendidikan dunia menghadiri forum tersebut yang membincangkan mengenai pembelajaran dalam bidang ICT.

Ia forum pendidikan terbesar di dunia yang memfokuskan pembangunan dan integrasi ICT dalam pembelajaran di sekolah-sekolah.

Forum ini memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, pegawai kanan kerajaan dan pihak berkaitan bertukar-tukar pendapat serta pengalaman mengenai pengunaan ICT di negara masing-masing.

Tambah Muhyiddin, gabungan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan Malaysia telah memperlihatkan banyak kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam membentuk perkongsian pintar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai.

"Pada masa sama, kita juga sentiasa mengingatkan para guru bahawa teknologi itu hanyalah alat.

"Interaksi di dalam kelas dengan murid-murid juga perlu diutamakan di samping penggunaan ICT dalam pembelajaran. Tiada teknologi yang boleh menggantikan guru," jelasnya.

Katanya, cabaran lain adalah kos yang tinggi dalam melaksanakan ICT terutama ketika negara menghadapi krisis ekonomi,

Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan mendapat kerjasama baik daripada komuniti sekitar dan sektor swasta dalam menjayakan program ICT di sekolah.

Muhyiddin turut menyentuh mengenai keperluan menjadikan pendidikan sebagai pertahanan paling utama negara bagi keselamatan ekonomi dan memberi jaminan kesihatan termasuk membantu dunia memerangi kebuluran.

"Selain menjadikan forum ini sebagai medan perkongsian kemahiran mengenai teknologi, jadikan ia untuk menjalinkan kerjasama erat bagi keamanan dunia melalui komunikasi dan informasi teknologi yang lebih baik dalam ikatan persaudaraan pendidikan," katanya. - utusan
 
 

PETALING JAYA 4 Mac - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 1 November ini bagi perbicaraan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin yang didakwa menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain di laman Facebook pada Januari lalu.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan selama dua hari untuk mendengar kes tersebut selepas pihak pembelaan yang diwakili Mohd Radzlan Jalaludin menerima kesemua dokumen yang diperlukan daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad.

Pada 18 Januari, Mohamad Tasyrif mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. - Utusan
 

    Kata-Kata Editor

    Selamat Datang.

    Arkib Blog

    March 2010

    Kategori

    All

    Facebook

    mahir

    View my profile on LinkedIn

    izwan

    View my profile on LinkedIn

    anan

    View my profile on LinkedIn

    RBT 1 blogs

    Saifuddin, Molkhan, Hanis, Nadia

    View my profile on LinkedIn

    Ridzwan. Hasnan Muan, Dayang, Nazirah

    View my profile on LinkedIn

    Halaman Pendidikan

    Kementerian Pendidikan

    View my profile on LinkedIn

    IPGM Kampus Teknik

    View my profile on LinkedIn

    Portal Pendidikan

    View my profile on LinkedIn

    Jom sembang-sembang


    ShoutMix chat widget
    < /body>
    < /body>

    RSS Feed