PETALING JAYA 4 Mac - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 1 November ini bagi perbicaraan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin yang didakwa menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain di laman Facebook pada Januari lalu.
Hakim Aslam Zainuddin menetapkan selama dua hari untuk mendengar kes tersebut selepas pihak pembelaan yang diwakili Mohd Radzlan Jalaludin menerima kesemua dokumen yang diperlukan daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad.
Pada 18 Januari, Mohamad Tasyrif mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. - Utusan